a) TEORI MELTING POT 1: ANGLO CONFORMITY
Masyarakat yang terdiri daripada individu
yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan
dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam
masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai
contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan
minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori ini jelas tidak
berpegang kepada prinsip demokrasi.
b) TEORI POT 2: ETHNIC SYNTHESIS
Setiap individu dalam suatu masyarakat
yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya
membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh
setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan
budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti
yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak
sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli
individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
c) TEORI CULTURAL PLURALISM: MOSAIC ANALOGY
Masyarakat yang terdiri daripada individu
dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan
budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka
secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya
tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
No comments:
Post a Comment