Tugasan yang diberikan adalah kajian yang
bertema Projek Berasaskan Sekolah (PBS). Kumpulan tajuk kami adalah ‘Pengurusan
Pelbagai Budaya’ di mana kami harus melakukan tinjauan di mana-mana Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) untuk mendapatkan segala maklumat dan ilmu tentang
tajuk tersebut.
Sekolah
terpilih kami untuk membuat tinjauan ialah SMK Ungku Aziz (SMKUA) yang terletak
di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam, Selangor. SMKUA ditubuhkan pada tahun 1959.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat
Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Talib, PJK. Nama sekolah ini
diambil sempena nama seorang tokoh pendidikan yang terkenal pada masa itu,
iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz , Naib Chanselor Universiti Malaya. Professor
Diraja Ungku Aziz sendiri telah merasmikan upacara pertukaran nama tersebut.
Pada 18 Julai 1985, SMKUA
telah menyambut Jubli Perak, yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Yunus Noor,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1992, SM KUA telah
mendapat anugerah “SEKOLAH HARAPAN NEGARA” Kategori Sekolah Menengah Luar
Bandar. Pada 7 November 2009, sambutan Jubli Emas diadakan dan dirasmikan oleh
Dato Dr Anwar Ridhwan, sasterawan Negara. Mulai tahun 2011, sebuah bangunan
baru 4 tingkat menempatkan 3 buah makmal sains, makmal ERT dan 16 bilik darjah
mula beroperasi.












No comments:
Post a Comment