Sunday, 12 May 2019

RUMUSAN


Secara kesimpulannya, proses pendidikan adalah satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada para guru dan juga pegawai pendidikan di bawah kementerian. Antara elemen dalam pendidikan yang tidak boleh diabaikan ialah pengurusan pelbagai budaya, perkara ini amatlah penting kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk.

Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang mengamalkan pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Perancangan awal yang teliti haruslah dilakukan untuk menguruskan sesi pembelajaran pelajar yang berlainan budaya. Guru perlu memahami dan menolong pelajar yang bermasalah dari segi budaya serta tahap penerimaan ilmu dengan cara mengetahui latar belakang dan personaliti mereka. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Oleh itu, guru patut memberikan pendedahan yang baik kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di sekolah.

Pendidikan pelbagai budaya ini haruslah dipratiskan ketika proses pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas agar dapat melahirkan pelajar insan yang tidak sahaja berilmu pengetahuan yang luas, tetapi juga berkualiti dari segi akhlak dan nilai moral. Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya, maka kita dapat melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dengan melalui kefahaman yang sama terhadap kepentingan kepelbagaian budaya lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment