Kami telah
menjalankan sesi tembual bersama PK Hem SMKUA, iaitu Cikgu Azman dengan mengemukakan beberapa soalan yang
berkaitan dengan pengurusan pelbagai budaya dan objektif kajian. Berikut adalah
soalan-soalan beserta jawapan yang diberikan.
1. Apakah kaedah yang digunakan
oleh cikgu untuk mendidik pelajar yang mempunyai penerimaan ilmu yang lemah?
Kaedah
adalah berbeza bagi setiap kelas. Sekiranya pelajar adalah lemah, latihan yang
diberikan adalah mudah. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan
menggabungkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai. Melalui ini,
pelajar yang lebih pandai boleh membantu pelajar yang lemah. Cikgu juga perlu menghabiskan
pengajaran bagi setiap tajuk di dalam silibus. Oleh itu, cikgu perlu memberi
perhatian yang tinggi kepada pelajar yang lemah. Contohnya, dengan memberi
latihan yang berbeza daripada yang lain supaya pelajar ini tidak ketinggalan
dalam sesuatu tajuk itu. Kaedah lain adalah dengan mendudukkan pelajar yang
lemah di hadapan kelas.
2. Apakah kaedah yang boleh
digunakan untuk menarik minat pelajar?
Melalui
kaedah pembelajaran. SMK Ungku Aziz ini terpilih untuk menjalankan program TS25
(Transfomasi Sekolah) di mana semua guru digalakkan untuk menjalankan PAK-21.
Ini dapat menarik minat pelajar kerana ia melibatkan kerja
kumpulan,perbincangan, simulasi dan penggunaan teknologi. Kaedah ini
membenarkan pelajar memainkan peranan masing-masing, dan cikgu hanya bertindak
sebagai fasilitator. Selain itu, cikgu juga menggunakan kaedah ganjaran supaya
pelajar lebih berminat untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran di dalam
kelas.
3. Apakah cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam menguruskan kelas yang mempunyai pelajar yang berbeza budaya/kaum?
Guru kena
banyak main peranan. Pertama, guru kena tegas. Contohnya, pelajar cenderung
untuk duduk bersama dengan kaum mereka sendiri. Cina dengan cina, india dengan
india, dan melayu dengan melayu. Oleh itu, guru berperanan untuk gabungkan mereka
dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai budaya. Cikgu juga kena berkawan dengan
mereka dan bukannya bercakap buruk sekiranya mereka lemah atau kurang dalam
sesuatu.
No comments:
Post a Comment