Sunday, 12 May 2019

RUMUSAN


Secara kesimpulannya, proses pendidikan adalah satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada para guru dan juga pegawai pendidikan di bawah kementerian. Antara elemen dalam pendidikan yang tidak boleh diabaikan ialah pengurusan pelbagai budaya, perkara ini amatlah penting kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk.

Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang mengamalkan pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Perancangan awal yang teliti haruslah dilakukan untuk menguruskan sesi pembelajaran pelajar yang berlainan budaya. Guru perlu memahami dan menolong pelajar yang bermasalah dari segi budaya serta tahap penerimaan ilmu dengan cara mengetahui latar belakang dan personaliti mereka. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Oleh itu, guru patut memberikan pendedahan yang baik kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di sekolah.

Pendidikan pelbagai budaya ini haruslah dipratiskan ketika proses pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas agar dapat melahirkan pelajar insan yang tidak sahaja berilmu pengetahuan yang luas, tetapi juga berkualiti dari segi akhlak dan nilai moral. Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya, maka kita dapat melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dengan melalui kefahaman yang sama terhadap kepentingan kepelbagaian budaya lapisan masyarakat.

ASPEK & DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

ASPEK-ASPEK:

1. Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.


2. Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.


3. Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.


DIMENSI:

  • Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
  • The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
  • An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial.
  • Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
  • An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

VIDEO KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH


Saturday, 11 May 2019

CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


Ø  Banks (1989)
Banks mengatakan bahawa guru haruslah sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang. Selain itu, guru juga haruslah sensitif terhadap kemungkinan wujudnya kontroversi tentang topik yang diajar. Bukan itu sahaja, guru patut menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran di dalam kelas.

Ø  Najeemah (2007)
Najeemah pula berpendapat bahawa guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka. Tambahan pula, guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Oleh hal yang demikian, guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka dengan pengetahuan yang ada, agar dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

KEPENTINGAN PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Antara kepentingan pengurusan pelbagai budaya adalah guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Melalui perkara ini, guru dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai budaya yang berbeza. Oleh yang demikian, sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien. Elemen yang paling penting ialah penerimaan ilmu oleh para pelajar akan lebih berkesan.

HASIL PEMBENTANGAN TAJUK
















ANALISIS SWOT


Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi. Melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif. Selain itu, penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai.

Ø  KEKUATAN
Pencapaian kokurikulum sekolah sentiasa meningkat sehingaa ke peringkat kebangsaan. Selain itu, mempunyai kaum yang pelbagai dan mempunyai Alumni yang banyak membantu sekolah. Guru juga perlu menyediakan perancangan untuk mengurus pelajar yang mempunyai pelbagai budaya. Seterusnya, tanpa perancangan yang teliti dan baik, pelajar tidak akan memberi kerjasama dalam sesi pembelajaran dalam kelas. Contohnya, terdapat beberapa orang pelajar yang lemah dalam subjek Matematik. Oleh itu, guru Matematik tersebut mengambil pendekatan supaya pelajar ini bergabung dengan pelajar yang pandai dalam menyiapkan tugasan.

Ø  KELEMAHAN
Kedudukan tempat yang tidak strategik. Contohnya, bilik kaunseling dan perpustakaan yang berdekatan dengan kelas. Selain itu, peralatan sukan yang tidak mencukupi. Jumlah pelajar yang ramai juga menyukarkan guru untuk memberi perhatian kepada setiap pelajar dalam kelas. Guru yang cepat putus asa dengan pelajar juga merupakan satu kelemahan.

Ø  HALANGAN
Kos penyelenggaran yang tinggi merupakan salah satu halangan. Seterusnya, peruntukan yang kurang dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Ruang pejabat dan juga ruang mengajar sedia ada yang terhad. Pelajar yang suka bergaul hanya dengan seorang/kumpulan kawan sendiri juga menjadi halangan dalam pendidikan. Kesannya, pelajar tidak terbuka untuk bersosial dan mengenali orang lain walaupun kawan sekelas. Kaedah pengurusan yang disediakan oleh guru yang tidak sesuai dengan pelajar menyebabkan pelajar kurang berminat untuk belajar.

Ø  PENAMBAHBAIKKAN
Salah satu penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah menjalankan aktiviti kutipan dana dari pihak atau golongan tertentu.  Selain itu, menggalakkan pelajar membawa peralatan sukan dari rumah seperti raket badminton untuk aktiviti sukan. Seterusnya, mewujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk kedudukan kelas. Dibahagikan kepada dua, peluang kepada guru dan kepada pelajar iaitu peluang kepada guru boleh ditunjukkan apabila guru sentiasa membantu pelajar dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih mendalam tentang seseorang pelajar itu manakala peluang kepada pelajar pula, pelajar dapat menimba ilmu dengan guru yang profesional dan yang berpengalaman.