Saturday, 11 May 2019

ANALISIS SWOT


Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi. Melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif. Selain itu, penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai.

Ø  KEKUATAN
Pencapaian kokurikulum sekolah sentiasa meningkat sehingaa ke peringkat kebangsaan. Selain itu, mempunyai kaum yang pelbagai dan mempunyai Alumni yang banyak membantu sekolah. Guru juga perlu menyediakan perancangan untuk mengurus pelajar yang mempunyai pelbagai budaya. Seterusnya, tanpa perancangan yang teliti dan baik, pelajar tidak akan memberi kerjasama dalam sesi pembelajaran dalam kelas. Contohnya, terdapat beberapa orang pelajar yang lemah dalam subjek Matematik. Oleh itu, guru Matematik tersebut mengambil pendekatan supaya pelajar ini bergabung dengan pelajar yang pandai dalam menyiapkan tugasan.

Ø  KELEMAHAN
Kedudukan tempat yang tidak strategik. Contohnya, bilik kaunseling dan perpustakaan yang berdekatan dengan kelas. Selain itu, peralatan sukan yang tidak mencukupi. Jumlah pelajar yang ramai juga menyukarkan guru untuk memberi perhatian kepada setiap pelajar dalam kelas. Guru yang cepat putus asa dengan pelajar juga merupakan satu kelemahan.

Ø  HALANGAN
Kos penyelenggaran yang tinggi merupakan salah satu halangan. Seterusnya, peruntukan yang kurang dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Ruang pejabat dan juga ruang mengajar sedia ada yang terhad. Pelajar yang suka bergaul hanya dengan seorang/kumpulan kawan sendiri juga menjadi halangan dalam pendidikan. Kesannya, pelajar tidak terbuka untuk bersosial dan mengenali orang lain walaupun kawan sekelas. Kaedah pengurusan yang disediakan oleh guru yang tidak sesuai dengan pelajar menyebabkan pelajar kurang berminat untuk belajar.

Ø  PENAMBAHBAIKKAN
Salah satu penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah menjalankan aktiviti kutipan dana dari pihak atau golongan tertentu.  Selain itu, menggalakkan pelajar membawa peralatan sukan dari rumah seperti raket badminton untuk aktiviti sukan. Seterusnya, mewujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk kedudukan kelas. Dibahagikan kepada dua, peluang kepada guru dan kepada pelajar iaitu peluang kepada guru boleh ditunjukkan apabila guru sentiasa membantu pelajar dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih mendalam tentang seseorang pelajar itu manakala peluang kepada pelajar pula, pelajar dapat menimba ilmu dengan guru yang profesional dan yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment