Terdapat beberapa aspek yang perlu ada dalam pengurusan pelbagai budaya. Antara aspek yang perlu ada adalah belajar secara berkumpulan. Hasil daripada pemerhatian di dalam bilik darjah, budaya belajar secara berkumpulan yang ditunjukkan oleh para pelajar. Pemilihan ahli kumpulan terdiri daripada kaum Melayu dan India mengikut jantina yang sama dan ditentukan oleh guru. Pelajar kurang memberi perhatian semasa set induksi terutamanya kepada kumpulan pelajar lelaki. Perbincangan dalam kumpulan lebih terserlah dalam kalangan pelajar perempuan, ini kerana pelajar perempuan lebih memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di hadapan kelas.
Aspek kedua adalah budaya berinteraksi sesama kaum. Budaya berinteraksi antara pelajar menunjukkan mereka berkomunikasi sesama kaum mereka sendiri dengan menggunakan loghat atau bahasa ibunda masing-masing. Pelajar kaum India masih menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam kelas apabila berinteraksi dengan rakan-rakan sesama kaum. Majoriti pelajar lebih selesa bergaul dengan rakan daripada kaum yang sama dan semua bentuk interaksi seperti pengalaman peribadi, perbincangan agama, budaya dan hobi serta perkongsian rahsia lebih menjurus kepada rakan daripada kaum yang sama. Oleh itu, budaya berinteraksi antara pelajar perlu diwujudkan bagi mengelakkan wujudnya jurang sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Aspek yang ketiga adalah budaya tolong-menolong. Definisi tolong menolong adalah sikap saling membantu untuk meringankan beban orang lain dengan melakukan sesuatu. Bantuan yang dimaksudkan itu berbentuk bantuan dari segi tenaga, waktu, ataupun dana. Dari apa yang diperhatikan, budaya tolong- menolong ditunjukkan oleh pelajar perempuan kaum India tingkatan Dua Inovatif apabila pelajar tersebut membersihkan papan putih dan melakukan kerja secara sukarela sebelum pembelajaran di dalam kelas bermula.
Aspek yang keempat pula adalah budaya tingkah laku pelajar. Budaya ini dapat dilihat apabila pelajar Islam membaca doa sebelum belajar manakala pelajar kaum India menghormati keadaan tersebut. boleh mengikut arahan guru denganbetul. Kebiasaan pelajar-pelajar bukan Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di dalam hati. Hal ini dapat memupuk nilai bertoleransi dan hormat menghormati dalam diri setiap pelajar walaupun berbeza kepercayaan dan pandangan dalam agama masing-masing. Tambahan pula, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di dalam kelas tanpa ada sifat bias dalam agama.
Aspek yang kelima pula adalah budaya bertanya di dalam kelas. budaya bertanya di dalam kelas ini ditunjukkan semasa perbincangan dalam kumpulan lebih terserlah dalam kalangan pelajar perempuan. Hal ini dapat dilihat melalui pemantauan setiap kumpulan, pelajar perempuan lebih berfokus dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja manakala pelajar lelaki pula lebih berkonsepkan santai dalam menyiapkan kerja. Tambahan pula, pelajar perempuan lebih cenderung untuk bertanya sesuatu ketidakpastian berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya bertanya sekiranya guru itu datang memantau kumpulan mereka. Setiap individu mempunyai cara belajarnya tersendiri tapi dari segi perspektif jantina, trait personaliti dalam belajar hampir sama bagi lelaki dan perempuan.

No comments:
Post a Comment